Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah, malam tadi, saya dan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasi...



Alhamdulillah, malam tadi, saya dan YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), bersama beberapa orang pimpinan PN dan Kerajaan Negeri Kelantan diizinkan oleh Allah untuk menyertai 'Himpunan Penyatuan Ummah: Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam' di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Subhanallah, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat hadir dan setia membanjiri himpunan walaupun disirami hujan renyai. Terpancar sokongan dan dukungan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pentadbiran cemerlang Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS selama lebih tiga dekad.

Saya sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan yang dizahirkan oleh semua rakyat Kelantan. Mereka tetap sabar dan istiqamah dengan kepimpinan Islam meskipun ditekan dan dizalimi sejak sekian lama oleh kerajaan pusat yang terdahulu.

Mudah-mudahan, barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyatnya senantiasa diberkati dan dirahmati Allah dalam setiap urusan pemerintahan dan kemasyarakatan, seterusnya mengukuhkan mesej penyatuan ummah demi kesejahteraan warga Malaysia sejagat.

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#MembangunBersamaIslam



















...
-Baca seterusnya...
2022-10-22 03:57:56

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments