Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN NEGERI KELUARKAN 79,372 EKAR TANAH LADANG RAKYAT 

KOTA DARULNAIM – Program Ladang Rakyat y...

KERAJAAN NEGERI KELUARKAN 79,372 EKAR TANAH LADANG RAKYAT KOTA DARULNAIM – Program Ladang Rakyat y...



KERAJAAN NEGERI KELUARKAN 79,372 EKAR TANAH LADANG RAKYAT

KOTA DARULNAIM – Program Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan rakyat negeri ini melalui sektor perladangan serta mengurangkan kadar penerokaan haram tanah Kerajaan.

Timbalan Menteri Besar YB Dato' Mohd Amar Abdullah memaklumkan sehingga kini jumlah keluasan tanah ladang rakyat yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri meliputi keluasan 79,372.226 ekar.

"Daripada jumlah tersebut, 72,972 ekar telah dimajukan oleh syarikat pemaju dengan tanaman kelapa sawit bermula dari tahun 2007 dan sebahagian besar telah mengeluarkan hasil.

Manakala 6,000 ekar di tanam dengan tanaman getah di Ulu Temiang, Jajahan Kuala Krai," katanya.

"Selain daripada itu, tanaman sayur-sayuran juga turut diusahakan di Jajahan Kecil Lojing yang berkeluasan 400 ekar."

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang Kelima, Dewan Negeri Kelantan Ke-14, hari kedua, semalam.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-28 01:45:44

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan