Ticker

6/recent/ticker-posts

KERAJAAN NEGERI TAMBAH BAIK PENGURUSAN TAPAK SISA PEPEJAL - EXCO KERAJAAN TEMPATAN KOTA DARULNAIM -...



KERAJAAN NEGERI TAMBAH BAIK PENGURUSAN TAPAK SISA PEPEJAL - EXCO KERAJAAN TEMPATAN

KOTA DARULNAIM - Kerajaan negeri melantik Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd ( KUMH) sebagai syarikat yang bertanggunghawab terhadap pengurusan tapak sisa pepejal sedia ada dan baharu di Kelantan.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dato' Dr Izani Husin ketila menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, YB Saiful Adli Abu Bakar pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14.

Katanya, pelantikan KUMH sebagai syarikat konsesi bagi pengurusan tapak pelupusan sampah di seluruh negeri Kelantan bertujuan supaya tapak-tapak ini dapat diurus dengan lebih sistematik agar jangka hayatnya sesebuah tapak pelupusan itu dapat dipanjangkan.

"Antara teknologi terkini pelupusan sampah yang dirancang oleh KUMH ialah pembangunan Loji Biogas di Tapak Pelupusan Beris Lalang bagi menjana elektrik dengan menggunakan sisa organik sebagai bahan mentah.

Loji Biogas ini akan dilengkapkan dengan mesin pengasingan sisa dan dijangkakan hanya 30 peratus sahaja sisa pepejal harian akan dihantar ke tapak pelupusan setelah loji ini beroperasi," katanya.

Tambahnya, membangunkan Landfill Mining bagi proses pengasingan sisa pepejal sedia ada (legasi waste) di tapak. Pengasingan ini akan memberikan nilai kepada sisa pepejal tersebut. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula akan dikitar semula dan sisa organik akan dijadikan baja kompos.

"Membangunkan Material Recovery Facility (MRF) mini atau Pengutip Sisa Bersistem di setiap tapak bagi meningkatkan kadar kitar semula di tapak disamping memberi pendapatan kepada pengutip sampah yang terdiri dari penduduk tempatan berdekatan," katanya.

Berhubung perkara yang sama katanya, penternakan Black Soldier Fly bagi membantu mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-27 08:33:22

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments