Ticker

6/recent/ticker-posts

MULAKAN DENGAN BISMILLAH DEMI UMMAH - DATO' MUMTAZ



MULAKAN DENGAN BISMILLAH DEMI UMMAH - DATO' MUMTAZ

KUALA LUMPUR - Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Mumtaz Mohd Nawi memohon semua pihak menyebut nama Allah setiap kali memulakan kerja baik dan mendoakan proses perundingan berhikmah dapat dicapai oleh pemimpin dalam menyelesaikan urus tadbir negara.

Beliau yang baharu sahaja memenangi kerusi Parlimen Tumpat terharu dengan dengan majoriti besar 34,793 dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D'Raja Kelantan di Hotel Shangri-La, Ahad lalu.

Baginya kemenangan itu adalah anugerah untuk yang jentera dan rakyat yang berjuang atas paksi kebenaran.

"Alhamdulillah, ini pertolongan dan kemenangan yang Allah kurniakan buat semua.
Oleh itu, sewajarnya kita bersyukur dan reda dengan saling mendoakan yang terbaik buat Malaysia," katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 08:03:11

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments