PKINK SERTAI ACARA SUKAN GEMAPUTERA XVI
KOTA BHARU - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyertai acara Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Terengganu 2022 bermula 22 hingga 27 November 2022 di Kuala Terengganu.
Antara acara sukan yang disertai oleh pasukan mewakili kumpulan PKINK ialah bowling, dart, karom, futsal dan bola jaring.
Demikian menurut sumber daripada PKINK sewaktu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen PKINK yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus yang diadakan di Bilik Operasi Bangunan PKINK, Khamis lalu.
Ab Aziz dalam ucapannya berharap pasukan PKINK akan dapat memberikan komitmen yang tinggi bagi meraih kemenangan yang besar.
Pada majlis tersebut, Ab Aziz turut menyampaikan kit kelengkapan sukan, beg dan bendera kontijen PKINK kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Hishamuddin Hussein merangkap Chef De Mission PKINK.
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia, Ahmad Nazri Ismail merangkap Timbalan Chef De Mission PKINK, Pengurus-Pengurus Kanan dan Pengurus-Pengurus Bahagian Kumpulan.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 05:19:04
#semasa
#semasa
0 Comments