Ticker

6/recent/ticker-posts

BANJIR: MB TINJAU PARAS AIR SUNGAI



BANJIR: MB TINJAU PARAS AIR SUNGAI

TUMPAT - Atas kecaknaan terhadap rakyat, Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob mengambil inisiatif meninjau sendiri kedudukan paras air berhampiran benteng sungai kelantan di Laman Warisan Seni Kampung Laut.

Melalui laman media sosialnya, beliau mencatat paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja menunjukkan trend penurunan dan masih lagi berada pada tahap berjaga-jaga.

"Semoga cuaca bertambah baik dan penurunan aras air di kawasan-kawasan yang terjejas, "tulisnya.

Sebelum itu, beliau bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor telah meninjau paras air Sungai Golok dan sekitarnya yang mengalami kenaikan mendadak susulan benteng Sungai Golok - Lanchang pecah, semalam.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-22 08:09:15

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments