Hairan jugak saya bagaimana seorang Perdana Menteri hanya boleh 'bayangkan' sahaja dengan dakwaan serius seperti ini. Perdana Menteri ada kuasa arahkan siasatan segera, buat forensik audit secepat yang boleh. Tak cukup 8 jam waktu bekerja, tambah lagi overtime untuk buktikan dakwaan yang serius seperti ini. Kalau sekadar nak 'bayangkan', tak perlu jadi Perdana Menteri pun boleh. Atau sebenarnya untuk mencari modal politik sempena Padang Serai dan Tioman?
Pelik pula dalam kes Timbalannya sendiri yang sedang dibicarakan di mahkamah, boleh pula beliau nyatakan, bahawa ia masih belum dibuktikan bersalah. Boleh baca petikan dalam laporan itu sendiri :
"Berkenaan Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi timbalan perdana menteri di saat berdepan perbicaraan rasuah, Anwar berkata keputusan itu dibuat atas pertimbangan hirarkinya dalam Umno.
Sementara orang ramai berhak mempersoalkan kritikan itu, katanya, perbicaraan terhadap Zahid masih berjalan dan proses undang-undang itu juga perlu dihormati..."
Yang masih di awang-awangan, boleh 'bayangkan' sahaja. Yang sudah ada kes prima facie, proses undang-undang perlu dihormati. Patutlah beberapa hari lepas, Timbalannya itu dalam satu kenyataan memuji YAB PM setinggi langit (https://www.astroawani.com/berita-politik/contohi-dap-berhenti-meroyan-tak-dapat-jadi-pm-zahid-395013) :
"Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia dan juga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine serta Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine satu ketika dahulu.
"Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
"Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan.."
Hebat sungguh perkahwinan segera PH-BN ini. Tapi itulah, jika bukan pengantin baru memuji satu sama lain, siapakah lagi yang ingin memuja muji...
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-05 15:50:25
#pas
#pas
0 Comments