Ticker

6/recent/ticker-posts

KHIDMAT MALAYSIA TUMPU FASA RELIEF DI KELANTAN DAN TERENGGANU 1. Berdasarkan kepada laporan di lapa...



KHIDMAT MALAYSIA TUMPU FASA RELIEF DI KELANTAN DAN TERENGGANU

1. Berdasarkan kepada laporan di lapangan Ketua Pengarah Operasi, Khidmat Malaysia akan menumpukan gerakerja Fasa Kedua iaitu fasa *Relief* setelah melalui fasa Pertama iaitu Rescue (Menyelamat).

2. Ia melibatkan beberapa perkara yang perlu diberikan tumpuan iaitu ;

i. Pembersihan atau Ops Cuci iaitu operasi mencuci rumah dan premis bangunan yang terkesan dengan dengan banjir. Ia telah pun bermula pada hari ini yang telah dikendalikan oleh Jabatan Amal Malaysia.

ii. Menyediakan Dapur rakyat untuk mangsa banjir yang mula pulang ke rumah dan untuk para petugas dan sukarelawan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan beberapa NGO yang terlibat.

iii. Pengagihan bantuan makanan dan barangan keperluan yang telah mula diterima dari semua pihak termasuk pihak swasta, NGO dan orang perseorangan yang akan diuruskan oleh Lajnah Kebajikan.

iv. Menyediakan bantuan perubatan dan psikologi kepada mangsa banjir yang akan diuruskan oleh Lajnah Kesihatan dan PAPISMA.

3. Dalam masa yang sama, Khidmat Malaysia kekal bersedia untuk menghadapi bencana banjir fasa Rescue untuk negeri lain seperti Pahang.

4. Khidmat Malaysia menyeru kepada semua pihak untuk turut sama terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir di Pantai Timur dan sangat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak. Dana sumbangan khusus buat mangsa bencana dan para petugas barisan hadapan yang turun beroperasi.

5. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun kami ;

Bank : Maybank
No akaun : 5623 8454 2866
Nama : Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA)

6. Sebarang makluman mengenai sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi di Whatsapp HOTLINE KM di nombor 010-544 9866.

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana ALLAH

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
21 Disember 2022



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-22 07:47:52

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments