Ticker

6/recent/ticker-posts

RM 16.5 Juta Program Kelantanku Bersih 2023



RM 16.5 Juta Program Kelantanku Bersih 2023

Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi program Kelantanku Bersih menjadi antara keutamaan Kerajaan dalam belanjawan negeri dan bagi tahun 2023 Kerajaan Negeri menperuntukkan sebanyak RM16.25 juta.

Pada hari ini Kerajaan Negeri melancarkan Dasar Kelantanku Bersih yang akan menjadi rujukan dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program serta aktiviti dalam aspek kebersihan dan kesihatan di setiap jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Dasar ini gambaran yang jelas mengenai hala tuju dan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat sekaligus meningkatkan imej negeri serta menjadi tarikan destinasi para pelancong.

Saya juga yakin dasar ini bakal mendepani cabaran masa hadapan dengan kepesatan pembangunan, pertumbuhan penduduk serta bencana alam luar jangka yang boleh menjejaskan ekosistem alam sekitar serta peningkatan bahan sisa pepejal.

Oleh itu, setiap PBT mesti mengambil langkah proaktif seperti penggunaan kaedah penyelesaian berasaskan alam semula jadi atau 'nature- based solutions', penggunaan teknologi hijau serta mempraktikkan amalan- amalan hijau.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Yang Dipertua – Yang Di Pertua Majlis dan NGO serta semua pihak diatas inisiatif menjadikan Kelantan Darul Naim sebagai sebuah negeri yang bersih, indah dan ceria.

Semoga masyarakat termasuk para belia, para peniaga sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam sama-sama membantu kerajaan mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

Adalah diharapkan dengan perlaksanaan kempen ini masyarakat di negeri kelantan akan sentiasa mengutamakan kebersihan sebagaimana yang telah dituntut oleh agama Islam.
#KelantanMajuRakyatSejahtera
#MerakyatMembangunBersamaIslam





















...
-Baca seterusnya...
2022-12-08 06:08:17

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments