PENIAGA SAMBUT BAIK TRANSAKSI JUALAN TANPA TUNAI
PASIR PUTEH - Seorang peniaga pakaian di Pasar Siti Hajar Pasir Puteh, Roslaili Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ceksu, 57, menyambut baik usaha Kerajaan Negeri ke arah memperkenalkan transaksi jualan tanpa tunai melalui program Jelajah Kelantan Go Digital.
"Saya sudah 32 tahun berniaga dan selepas pandemik, kebanyakan pelanggan saya gemar menggunakan kaedah bayaran secara atas talian atau 'transfer online',
Jadi, bermula tahun lepas saya berubah kepada kaedah yang lebih mudah dan cepat iaitu melalui aplikasi Touch & Go dan juga scan QR code melalui Go Bank Islam," katanya ketika ditemui selepas Majlis pelancaran Jelajah Kelantan Go Digital Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) Pasir Puteh, semalam.
Sementara itu, Rosmadi Yusoff, 48, yang juga Setiausaha Persatuan Pasar Siti Hajar berkata melalui program tersebut, para peniaga dan komuniti setempat boleh mendapat manfaat dan pengetahuan yang lebih berkaitan transaksi tanpa tunai dengan adanya pelbagai agensi daripada syarikat perbankan, telco dan juga agensi kerajaan negeri dan persekutuan turun padang mengadakan taklimat dan pameran.
Sebagai rekod, pelancaran program Jelajah Go Digital MPUK Pasir Puteh yang kelapan selepas Bachok telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan (ADUN) setempat.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-16 00:58:48
#semasa
#semasa
0 Comments