Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KOS SARA HIDUP: DERITA RAKYAT DI BAWAH KERAJAAN ANWAR DAN ZAHID Peningkatan kos sara hidup adalah r...

KOS SARA HIDUP: DERITA RAKYAT DI BAWAH KERAJAAN ANWAR DAN ZAHID Peningkatan kos sara hidup adalah r...



KOS SARA HIDUP: DERITA RAKYAT DI BAWAH KERAJAAN ANWAR DAN ZAHID

Peningkatan kos sara hidup adalah realiti yang perlu dihadapi oleh kita di bawah pentadbiran Kerajaan Anwar dan Zahid pada hari ini.

Ramai dalam kalangan kita terpaksa membuat dua pekerjaan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang semakin gagal diuruskan oleh Menteri Ekonomi.

Peningkatan kos sara hidup yang tidak sejajar dengan peningkatan dalam kenaikan gaji menyebabkan hampir keseluruhan gaji rakyat kita pada hari ini diperuntukkan untuk membeli keperluan barangan harian, membayar sewa rumah atau pinjaman perumahan dan kenderaan.

Peningkatan kos sara hidup rakyat yang tinggi akan memberi tekanan yang maha dasyat kepada kehidupan harian rakyat.

Antara implikasi buruk yang utama akan menimpa mereka ialah kesan dari sudut psikologi.

Psikologi mereka akan terjejas akibat daripada tekanan bebanan hutang, perbelanjaan harian, perbelanjaan ketika kecemasan, dan perbelanjaan untuk keluarga ketika musim cuti atau perayaan.

Kenaikan kos sara hidup rakyat juga turut memberi kesan kepada aspek sosial. Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan harian mereka maka mereka terpaksa bekerja secara sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan kos perbelanjaan yang ada.

Keadaan ini akan menyebabkan mereka terpaksa melakukan dua kerja pada satu masa iaitu kerja hakiki dari pagi hingga ke petang dan kemudian meneruskan kerja tambahan pada waktu malam.

Kesan daripada itu, masa berkualiti bersama keluarga akan berkurangan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian institusi kekeluargaan buat rakyat kita.

Sekiranya keadaan ini berterusan, natijahnya akan menyebabkan masalah sosial meningkat seperti masalah penceraian, pergaduhan, penderaan dan juga gejala sosial dalam kalangan remaja.

Selain itu, masalah keselamatan juga bakal meningkat dengan peningkatan kos sara hidup yang melampaui kemampuan pendapatan per kapita rakyat pada masa kini.

Faktor utama yang menyebabkan peningkatan jenayah ini berleluasa adalah disebabkan oleh kesempitan wang untuk berbelanja dan keinginan untuk menikmati kemewahan segera disamping peningkatan harga barangan, perkhidmatan serta keperluan asas yang begitu tinggi.

Persoalan yang paling besar ialah, apakah usaha yang konkrit diusahakan oleh Menteri Ekonomi kita pada hari ini?

Apakah sekadar melakukan tugas NGO iaitu menggerakkan rakyat untuk memboikot kedai-kedai yang berharga lebih tinggi? Atau cuma sekadar duduk di atas kerusi empuk Putrajaya dan menyalahkan pihak-pihak lain seperti Bank Negara, kerajaan terdahulu dan pihak-pihak lain.

Menteri Ekonomi perlu lakukan tindakan yang radikal dan drastik demi rakyat kita. Derita serta tekanan yang dihadapi oleh mereka bukan cerita dongeng, ia adalah realiti pahit yang mesti kita terima dan ambil tindakan.

Bak kata Ejen Ethan Hunt dalam Mission Impossible, "desperate times calls for desperate measures".

Sekian

Ustaz Abu Naufal Bin Nordin
Ketua Penerangan PAS Melaka



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-02 06:26:20

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan