Ticker

6/recent/ticker-posts

KUASA BAYANGAN DALAM ETIKA KEWARTAWANAN MEWARISI KUASA BAYANGAN PMX Kuasa bayangan era kepimpinan k...






KUASA BAYANGAN DALAM ETIKA KEWARTAWANAN MEWARISI KUASA BAYANGAN PMX

Kuasa bayangan era kepimpinan kerajaan Anwar-Zahid nampaknya bukan sahaja merebak kepada anggota kabinet Menteri tetapi mulai mencemari etika kewartawanan. Hanya dengan bayangan sahaja wartawan portal MHDaily, Junita Sulaiman menulis berkaitan sidang dun meluluskan kenaikan gaji ADUN Kelantan.

Tidak mahu saya perincikan bayangan kotor wartawan yang berniat jahat, mencari publisiti melonjakkan portal yang tidak dikenali tetapi saya mahu juga nyatakan kekesalan terhadap menteri DAP di KPKT yang memuat naik di twiter dengan berita bayangan ini. Jatuh kredibiliti menteri dengan permainan politik kotor, jahat dan kaki fitnah terhadap sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Mahu berpolitik, silakan. Jangan fitnah atau memanjangkan fitnah sekalipun dengan hanya gunakan kuasa bayangan.

Cukup-cukuplah meniru PMX dengan kuasa bayangan.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

27 Rejab 1444 / 18 Februari 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-18 06:47:25

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments