Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KALAU TAKUT KALAH JANGAN PULA LEMPAR PERSEPSI JAHAT 1. Saya mendapati cicipan Twitter Timbalan Peng...

KALAU TAKUT KALAH JANGAN PULA LEMPAR PERSEPSI JAHAT 1. Saya mendapati cicipan Twitter Timbalan Peng...



KALAU TAKUT KALAH JANGAN PULA LEMPAR PERSEPSI JAHAT

1. Saya mendapati cicipan Twitter Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin cuba mewujudkan persepsi jahat dengan menuduh wujudnya gerakan penukaran tempat mengundi mereka yang beralamat Terengganu dan Kelantan ke negeri Selangor.

2. Persepsi jahat ini sengaja dilemparkan kerana sudah pasti ketakutan PH Selangor yang jelas mendapati isyarat pengundi Melayu muslim khususnya yang menolak PH pada PRU 15 baru-baru ini dan sudah pasti "trend" yang sama akan berulang kembali dalam PRN Selangor dengan rekod buruk PH di peringkat Persekutuan ditambah lagi dengan formula-formula ke laut dari Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi yang kedua-duanya dari PKR yang tidak mampu menyelesaikan isu ekonomi negara walaupun telah memerintah Kerajaan Persekutuan.

3. Sebab itu, Adzman Kamaruddin cuba "memburukkan" pengundi Melayu dari Terengganu dan Kelantan dengan lemparan negatif dalam Twitter. Saya kira itu bukti ketakutan PH Selangor sekarang ini yang tentu sedari pengundi Melayu sudah tidak lagi mengundi mereka melainkan mereka mengharapkan belas ihsan dari pengundi tegar DAP yang bersekongkol dengan mereka.

4. Kalau benar ada gerakan sedemikian, buktikan dengan fakta dan data bukannya hanya bermain persepsi. Atau memang PKR adalah parti yang suka main persepsi bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden dan pimpinan seterusnya. Ya, gelagat ini sesuai dengan pepatah "bapa borek, anak rintik". Jika Presiden dan Timbalan Presiden sedemikian maka tidak pelik, pimpinan negeri juga demikian.

5. Tidak pelik jika PH sangat dibenci oleh pengundi Melayu sejak PRU 14 yang lalu dengan isu-isu terpalit melibatkan sensitiviti Islam dan Melayu ditambah lagi baru-baru ini mereka merendahkan IQ pengundi muda dan pengguna Tik Tok serta kini memfitnah orang melayu Terengganu dan Kelantan pula. Jelas PH Selangor tiada modal melainkan terus memusuhi masyarakat melayu Islam bagi terus "menambat hati" kawan mereka.

6. Adzman Kamaruddin mesti bertanggungjawab atas cicipan yang dibuat. Ia boleh dikira menghina pengundi Terengganu dan Kelantan di samping berbaur hasutan dalam memburuk-burukkan pengundi Melayu amnya.

7. Kemukakan bukti! Atau minta maaf kerana lempar persepsi jahat!

USTAZ HJ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-14 08:34:55

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan