Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

IHYA' RAMADAN DUN GUCHIL DAPAT SAMBUTAN

IHYA' RAMADAN DUN GUCHIL DAPAT SAMBUTAN



IHYA' RAMADAN DUN GUCHIL DAPAT SAMBUTAN

KUALA KRAI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah berpuas hati dengan sambutan orang ramai pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Ihya' Ramadan 1444H/2023M DUN Guchil yang diadakan semalam.

Program bermula selepas solat Ansar dengan aktiviti ziarah daripada rumah ke rumah menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik seperti mereka yang mengalami penyakit kronik dan golongan miskin.

Beliau yang juga selaku Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, berikutnya hadir ke majlis tadarus dan iftar di Madrasah Al-Hidayah (Madrasah Hijau) di Kampung Belukar Tebu.

Aktiviti selanjutnya, beliau ke Madrasah Taman Guchil Jaya mengimamkan solat Isyak dan Terawih diikuti pelancaran Tabung Ihya' Ramadan dan agihan duit raya kepada kanak-kanak.

Program berakhir dengan beliau hadir menyantuni anak-anak muda di Al Jauhar untuk majlis tazkirah dan moreh.

Ketika ditanya, beliau yang teruja dengan sambutan orang ramai pada setiap majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada UPKN yang turut memberi kerjasama dan beliau berhasrat akan meneruskan program seperti ini demi kebaikan rakyat.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-17 09:02:31

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan