Ticker

6/recent/ticker-posts

KOTA BHARU | 22 Ramadan 1444H / 13 April 2023



KOTA BHARU | 22 Ramadan 1444H / 13 April 2023

KDYMM Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat jelata bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Berangkat sama mengiringi KDYMM Tuanku ialah YTM Tengku Mahkota Kelantan, YAM Tengku Bendahara Kelantan dan YBM Tengku Temenggong Kelantan.

Hadir sama YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB Dato' Speaker Kerajaan Kelantan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan, YDH CP Dato' Ketua Polis Kelantan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri serta Persekutuan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Tahlil yang dipimpin oleh YB SS Dato' Kaya Perba Mufti Kerajaan Kelantan. Manakala Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat
Terawih pula dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Bari Abdullah, Imam Muda Masjid Al-Sultan Ismail Petra.

KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 200 orang penerima terdiri daripada golongan Asnaf dan Mualaf yang terpilih.

Berita: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeberkatanKemakmuranKebajikan













...
-Baca seterusnya...
2023-04-13 22:52:50

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments