PMX JANGAN JADI MACAI PRESIDEN UMNO
Kami tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri kepada mahasiswa yang berbunyi, "jangan jadi macai, jangan jadi walaun" dalam program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Se-Malaysia.
Kami turut bersimpati dengan PMX yang terpaksa berhadapan dengan macai dan walaun dalam kalangan mahasiswa ini sehingga membuatkan PMX begitu resah dan gelisah dengan kewujudan mereka.
Namun ingin kami tegaskan di sini bahawa jangan sesekali PMX merendahkan martabat, budi serta akhlak mahasiswa pada hari ini.
Mahasiswa adalah kelompok anak muda yang hidup mereka melazimi ilmu, perbahasan ilmu serta nilai akhlak dalam segenap kehidupan mereka seharian.
Bayangan PMX bahawa adanya macai dan walaun dalam kalangan mahasiswa amat mengguris hati kami.
Kami ingin menasihatkan PMX bahawa jangan ada sekelumit rasa untuk melemahkan daya aktivis kami untuk menjadi ejen semak dan imbang dalam negara ini.
Kami juga ingin menasihatkan PMX agar jangan jadi macai kepada Presiden UMNO.
Tindakan Ahli Jemaah Menteri di bawah pentadbiran PMX yang memberikan khidmat istimewa mengecualikan UMNO daripada undang-undang yang ditetapkan oleh ROS melalui kuasa yang Menteri ada adalah amat mendukacitakan hati kami.
Bagaimana seorang Perdana Menteri yang dahulunya berkempen di seantero negara dengan laungan reformasi kini boleh membiarkan aib seperti ini berlaku?
Adakah tokoh reformasi negara ini telah menjadi macai kepada Presiden UMNO setelah mendapat sedikit kuasa yang sementara?
Kami juga ingin mempersoalkan tentang kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob yang memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi untuk mendapatkan pasportnya secara kekal?
Bagaimana seorang yang berhadapan dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram oleh mahkamah boleh mendapat keistimewaan seperti ini di era pentadbiran PMX?
Sedangkan sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) berkata bagi kes ini, "Tiada mana-mana individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang. Oleh itu permohonan pemohon untuk mendapatkan pasportnya secara kekal adalah ditolak."
Mengapa PMX menggadai maruah dan perjuangan reformasi dengan harga yang sangat murah demi sokongan politik yang tidak kekal oleh Presiden UMNO?
Adakah PMX sedar bahawa pentadbiran PMX yang kini telah jauh menyimpang daripada agenda reformasi yang dilaungkan dahulu.
Dimanakah integriti kata—kata dan janji PMX dalam pentadbiran hari ini? Adakah semua janji-janji reformasi sebelum ini akan dibakulsampahkan?
Kami mohon dan rayu agar PMX kembali fokus kepada agenda reformasi. Jangan jadi macai kepada Zahid Hamidi.
Sekian
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-09 14:25:12
#pas
#pas
0 Comments