๐ ๐๐ก๐๐๐๐ฆ๐ง๐ข ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐ฃ๐๐ฆ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menzahirkan penghargaan kepada PAS Terengganu kerana terus mengangkat keperluan anak muda dalam tawaran Pilihan Raya Negeri yang diumumkan baru-baru ini.
2. Tawaran PAS, menyediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa 'interest' untuk kerjaya maksimum RM4,000 sangat menerujakan rakyat.
3. Janji pinjaman tanpa sebarang 'interest' ini bukan omong kosong, ia sudah terbukti menerusi pinjaman perumahan dan usahawan yang sudah dilaksanakan dalam manifesto PRU14.
4. DPPNT juga melihat manifesto ini sebagai kesinambungan janji terdahulu iaitu bantuan lesen motosikal yang memanfaatkan sekitar 25,000 belia.
5. Inisiatif yang akan dilaksanakan jika PAS terus diberi mandat memerintah Terengganu ini turut membuktikan PAS bersedia untuk terus mentadbir kerajaan dengan pelbagai pelan menarik.
6. Di saat parti lain berebut kerusi, PAS muncul satu-satunya parti dalam diam mengemukakan tawaran menarik buat rakyat.
7. Tahniah dan terima kasih kepada PAS Terengganu kerana tidak meninggalkan golongan muda untuk mendapatkan kehidupan sejahtera.
๐ผ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ
https://bit.ly/42z0O2X

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-13 03:15:28
#pas
#pas