Ticker

6/recent/ticker-posts

MB HADIR MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN STESEN ECRL



MB HADIR MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN STESEN ECRL

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob menghadiri Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Tunjong, Kota Bharu.

Stesen Pertama ECRL Kota Bharu merupakan antara pembinaan 20 stesen ECRL yang mempunyai 40 terowong, jejambat sepanjang 120 km dan lebih 1,200 tapak pembinaan serta bakal menjadi terowong rail terpanjang di Asia Tenggara.

Projek ECRL yang diperkenalkan Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato' Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak pada 21 Oktober 2016 itu kemudiannya diteruskan sehingga kini. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir bersama, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato' Hanifa Ahmad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.

#kelantan
#ecrl







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-12 15:00:56

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments