MENU SIGNATURE ORANG KAMPUNG MB KEDAH
Baru baru ini di majlis rumah terbuka MB Kedah, makanan yang paling viral dan laku keras katanya Gulai Daging Rias Pisang.
Gulai ini memang sangat popular di Kedah. Asalnya makanan 'signature' terutama bagi orang Sik dan Baling.
Boleh dikatakan menu wajib yang ada di kenduri kahwin terutama di kampung-kampung.
Sebenarnya rias pisang itu maksudnya batang pisang ataupun dipanggil umbut pisang.
Jangan salah faham. Bukan satu batang pokok pisang itu masuk dalam gulai. Umbut pisang yang lembut sahaja diambil, di tengah-tengah batang pisang dan berwarna putih.
Gulai ini paling sedap kalau dimasak dengan daging lembu atau kambing, sekali dengan tulang-tulangnya.
Tidak wujud lagi rasanya gulai rias pisang ini dimasak dengan ayam atau lauk lain.
Dan bukan semua pisang boleh guna untuk masak gulai ini. Kebisaannya pisang emas atau pisang raja. Yang tak boleh pisang nangka atau pisang kaki.
Inilah makanan penyatuan orang Kedah. Dengar kata orang kampung MB sendiri turun jauh dari Sik mai masak untuk rumah terbuka. Sikit tak ceroi MB Kedah!
Dah makan ke gulai rias pisang raya ini? Cuba komen sikit makanan 'signature' kampung anda pula.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-30 10:14:01
#pas
#pas
0 Comments