RMMK BADANG DITERUSKAN
KOTA BHARU – Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang diteruskan dengan kerjasama baharu melibatkan Suria Gemilang Sendirian Berhad.
Syarikat tersebut berpengalaman dalam mengendalikan projek perumahan dan perumahan terbengkalai.
Pengurus Kewangan Suria Gemilang Sendirian Berhad, Rosli Suib berkata, projek perumahan terbengkalai itu akan diteruskan pihaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti penggunaan bahan baharu, meningkatkan ciri keselamatan, peralatan pembinaan yang lebih canggih serta pemilihan pekerja yang berkelayakan bagi menyempurnakan projek tersebut.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih meneruskan kerja-kerja pembinaan sejurus mendapat penyerahan tapak bagi RMMK Badang pada awal Februari 2023 dan akan disiapkan mengikut tarikh yang dijadualkan pada Ogos 2024.
"Alhamdulillah, setakat kami dapat penyerahan tapak projek ini pada awal Februari, kontraktor terus masuk buat kerja dan sehingga hari ini kita masih meneruskan kerja-kerja pembinaan dalam dan luar.
"Dengan pengalaman selama 40 tahun, pihak kami juga berharap dan berdoa agar projek yang dahulunya dilakukan oleh syarikat dan kontrakor lain ini dapat dijayakan dan disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan," jelasnya ketika ditemui di tapak projek RMMK Badang, hari ini.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, YB Dato' Dr. Izani Husin berkata, projek bernilai RM26 juta itu menawarkan 334 unit bercampur bakal memberi manfaat kepada rakyat tempatan.
Projek tersebut juga sudah pun mencapai 70 peratus kemajuan kerja-kerja keseluruhan.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-09 11:08:33
#semasa
#semasa
0 Comments