Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 PENYELIDIK TEMPATAN BERJAYA PROSES AIR LAUT KEPADA AIR BERSIH
utama

PENYELIDIK TEMPATAN BERJAYA PROSES AIR LAUT KEPADA AIR BERSIH


Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

BACHOK, 22 Julai - Projek sistem rawatan air laut kepada air bersih dan selamat (Seawater Desalination System) yang berjaya dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik tempatan serta dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dapat memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan Pantai Senok.

Menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan, melalui Skim Geran Penyelidikan Translasional (TR@M), projek tersebut mampu menampung keperluan  3,300 pengguna sehari dengan keupayaan penghasilan air bersih terawat berkapasiti 500,000 liter sehari (500m³/hari).

"Sistem Seawater Desalination System ini beroperasi dengan memproses air masin dari muara Sungai Pengkalan Datu bagi menghasilkan air bersih untuk pengguna di kawasan Pantai Senok.



"Untuk makluman semua, proses rawatan air sebelum sampai ke pengguna adalah rumit dan perlu melalui pelbagai peringkat yang memerlukan kos tinggi supaya mutu air yang dibekalkan mencapai tahap yang dikehendaki.

"Saya yakin, sistem ini akan terus memberikan sumbangan besar dalam mengurangkan beban masyarakat di Kampung Pantai Senok dalam berhadapan kos hidup yang lebih tinggi ketika ini, terutama kos menyediakan penapis air bersih terawat dan kos membeli air bersih yang ditanggung selama ini," katanya.

Jelasnya, projek tersebut telah berjaya beroperasi sejak 3 Februari 2018 dengan kerjasama para penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pihak penyelaras DUN Tawang, pihak berkuasa tempatan (PBT) Jajahan Bachok, pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) serta penduduk kampung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Temangan itu berkata, projek itu juga akan dikembangkan dengan kaedah pembotolan air mineral dan produk sampingan lain untuk memastikan sumber bekalan air bersih berterusan bagi penduduk setempat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan dan Pengambilan Loji Penyahgaraman Air Laut di Pantai Senok, pada Sabtu.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook