Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

JOM MERIAHKAN KARNIVAL 40 TAHUN PONDOK YIK
utama

JOM MERIAHKAN KARNIVAL 40 TAHUN PONDOK YIK

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 19 Ogos - Sempena sambutan 40 tahun Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) satu karnival bertemakan Pendidikan Pondok Peneraju Generasi Rabbani bakal berlangsung pada 22 dan 23 Ogos nanti. 

Demikian kenyataan Exco Pendidikan YB Wan Roslan Wan Hamat ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, sejarah merakam perjuangan Islam ditunjangi oleh alim ulama yang bergerak di tengah-tengah masyarakat.

"Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) merupakan salah satu institusi pondok yang berperanan besar melahirkan alim ulama. 

"Bagi membiasakan orang ramai mendekatkan diri dengan kehidupan warga pondok, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan satu karnival yang menonjolkan peranan Pusat Pengajian Pondok YIK dengan membawa pelbagai aktiviti untuk disertai masyarakat," jelasnya. 

Sehubungan itu, beliau mengundang seluruh rakyat Kelantan menyaksikan Kalam Murabbi, Pentas Ilmu, Malam Kesenian Islam, Sukan Sunnah, mewarna, sukaneka, pameran, gerai jualan dan pelbagai lagi aktiviti di Pusat Pengajian Pondok YIK di Bachok pada Khamis dan Jumaat ini.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan