Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN MOHON KPM SEMAK SEMULA PERATURAN WAJIB LULUS STAM
utama

KELANTAN MOHON KPM SEMAK SEMULA PERATURAN WAJIB LULUS STAM

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 26 September – Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Pengajian Tinggi memohon pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula peraturan wajib lulus 13 subjek teras bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya memohon pertimbangan pihak KPM jika boleh diberikan kelonggaran bagi subjek teras untuk 13 mata pelajaran wajib lulus STAM agar memudahkan kemasukan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Kalau rasib (gagal) satu subjek teras, maka pelajar mesti tunggu setahun untuk menduduki semula peperiksaan bagi subjek tersebut pada tahun berikutnya.

“YB Menteri pun setuju, jadi kita (Kerajaan Negeri Kelantan) dan wakil negeri SG4 minta YB Menteri dapat berinteraksi dan mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti al-Azhar supaya diringankan sikit pensijilan STAM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Permohonan tersebut dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 tahun 2024 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada Selasa.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan