Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Menteri perlu bersikap telus
utama

Menteri perlu bersikap telus

KOTA BHARU: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu bersikap adil bagi mendedahkan penubuhan Unit Integriti di kesemua 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dan bukan hanya tertumpu di tiga negeri sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah berkata, menteri terbabit perlu lebih telus menyenaraikan status PBT lain.


Bagaimanapun katanya biar pun tiada Unit Integriti secara khusus di semua PBT di Kelantan, namun seorang Pegawai Integriti dilantik sebagai Urusetia Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR).

Kata beliau JAR berperanan sebagai Pegawai Siasatan Jabatan serta berperanan sebagai Pegawai Perhubungan antara Jabatan atau agensi dengan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

“Lagi pun Kelantan sudah lama mengutamakan integriti dan tatakelola dalam pentadbiran sejak awal 1990-an dengan menjadikan dasar Membangun Bersama Islam sebagai pandu arah,” katanya di sini. 

Media hari ini melaporkan menteri dari DAP terbabit mendedah PBT di Kedah, Perlis dan Kelantan belum menubuh unit integriti. 

Kata Hilmi juga sebagai kerajaan yang mengamalkan dasar MBI, isu integriti dan tatakelola dalam pentadbiran menjadi prinsip asas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Pengamalan itu ditambah baik dengan perlaksanaan kerja berteraskan prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI) bagi membudayakan amalan integriti dan tatakelola.

“UMI akan mencetuskan rasa tanggungjawab kepada agama, majikan dan amanah kepada diri sendiri yang akan dihitung dan dipersoalkan di akhirat kelak.

"Buktinya sehingga ke hari ini tiada pegawai dan pimpinan kerajaan negeri disabitkan dengan kes rasuah. Pencapaian itu juga diiktiraf SPRM,” ujarnya. 

Hilmi juga berkata, Kelantan turut menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) bagi mengadakan program pengisian berbentuk keagamaan kepada semua kakitangan kerajaan dan PBT.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook