Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PARA SUKMA XXI 2024: KELANTAN HAMPIRI SASARAN 38 PINGAT
utama

PARA SUKMA XXI 2024: KELANTAN HAMPIRI SASARAN 38 PINGAT

YB Zamakhshari Muhamad Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Negeri Kelantan menyampaikan pingat emas kepada atlet Para Olahraga Negeri Kelantan di Stadium Negeri Sarawak. Anda Luar Biasa.


Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 26 September- Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan semakin hampir untuk mencapai sasaran 38 pingat keseluruhan.

Selepas lima hari mengharungi saingan di Kuching Sarawak, setakat pukul 7.15 malam 25 September, Kontinjen Para SUKMA Kelantan telah memenangi 33 pingat keseluruhan iaitu 11 pingat emas, tujuh perak dan 15 gangsa dan berada pada kedudukan keenam.

Berbaki tiga hari lagi, Kelantan hanya memerlukan lima pingat lagi untuk mencapai sasaran 38 pingat.

Namun begitu, Kontinjen Kelantan perlu mendapat sekurang-kurangnya enam  pingat emas dan enam perak untuk mencapai sasaran  17 pingat emas dan 13 perak, sementara pingat gangsa sudah melebihi sasaran dengan 15 gangsa setakat ini.

Bersama atlit Boccia Para SUKMA Kelate!


Untuk rekod, pada Para SUKMA XXI Sarawak 2024 ini, Kelantan mensasarkan 17 pingat emas, 13 perak dan lapan gangsa menjadikan sasaran pingat keseluruhan adalah 38 pingat.

Sementara itu, YAB Menteri Besar, Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menerusi catatan di media sosial miliknya pada Rabu, menzahirkan kekaguman serta mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat Para SUKMA Kelantan yang telah berjaya memecah rekod kebangsaan dan rekod Para SUKMA.

"Tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Shahmim Mohd Kadri dan Wan Nur Azri Azman atas kejayaan memecah rekod kebangsaan dan rekod kejohanan dalam acara angkat berat di temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

"Ahmad Shahmim mencipta sejarah apabila berjaya memecah rekod kebangsaan bagi kategori bawah 54 kilogram dengan angkatan yang menakjubkan iaitu 132 kilogram, manakala Wan Nur Azri berjaya memecah rekod Para SUKMA kategori 107 kilogram dengan angkatan seberat 191 kilogram" katanya.

Tahniah di ucapakan kepada  Ahamd Shahmin bin Mohd Kadri bagi acara PARA Powerlifting 54kg kerana berjaya memecah rekod Kebangsaan dengan angkatan 132kg.


Dalam perkembangan sama, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhammad meluangkan masa menyantuni atlet Para SUKMA yang menyertai temasya Para SUKMA XXI di Sarawak tahun ini. 

Beliau turut menyampaikan pingat emas kepada atlet Para Olahraga Kelantan di Stadium Negeri, Kuching Sarawak.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan, Mohd Saripudin Zakaria dan timbalannya, Hazri Nizam Zakaria.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan