Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SULTAN MUHAMMAD V KURNIAKAN DARJAH KEBESARAN KEPADA 763 INDIVIDU
utama

SULTAN MUHAMMAD V KURNIAKAN DARJAH KEBESARAN KEPADA 763 INDIVIDU

KOTA BHARU, 30 September - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan darjah kebesaran, pingat dan surat kepujian kepda 763 individu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar.

Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan itu bermula semalam dengan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai penerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama bagi darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Dato’. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh merupakan penerima tunggal bagi darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPK), juga membawa gelaran Dato’.

Manakala Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Dato’ Rosnazli Amin.tiga penerima darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), membawa gelaran Dato’.

Bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad merupakan dua penerima darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK).

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula merupakan penerima tunggal darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK).

Antara lain penerima bagi Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) bagi darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Wan Roslan Wan Hamat, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan  Presiden Kelab Penyokong Kerajaan, YB Abd Rahman Yunus yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Pasir Tumboh.

Lebih 100 individu menerima pengurniaan darjah kebesaran pada sesi pertama dengan 35 daripadanya menerima gelaran Dato’.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook