Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Exco Kelantan tidak dilantik Ahli Lembaga KADA
utama

Exco Kelantan tidak dilantik Ahli Lembaga KADA


KOTA BHARU: Biar pun Pakatan Harapan (PH) pernah berjanji melantik wakil negeri sebagai Ahli Lembaga, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Sedangkan pada penggal lepas ketika era Kerajaan Perikatan Nasional (PN) anggota Exco dilantik sebagai Ahli Lembaga KADA sebagai melengkapkan kuota wakil negeri.

Bagaimanapun selepas Kerajaan Madani yang diketuai PH menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, pelantikan itu tidak lagi dibuat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga KADA ketika PN menguasai Putrajaya. 


Katanya, kehadiran Exco Pertanian sebagai Ahli Lembaga KADA lebih memudahkan perancangan berkaitan industri padi dan beras di Kelantan.

“Banyak perancangan dan program dibuat secara bersama bagi memastikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara menjadi kenyataan.

“Namun selepas PH-BN menguasai Putrajaya selepas PRU-15, Kerajaan Madani tidak lagi melantik Exco Pertanian dalam Lembaga KADA,” katanya di sini.

Berdasar portal rasmi KADA terdapat 10 Ahli Lembaga KADA yang diketuai pemimpin Amanah Kelantan Mohamad Husin, manakala Timbalan Pengerusi Mohd Faizur Mustafa.

Lapan lagi Ahli Lembaga termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai banyak lagi maklumat berkaitan KADA kerana tiada wakil Exco dalam Lembaga KADA.

Sedangkan katanya, KADA memainkan peranan penting bagi memastikan Kelantan kekal sebagai pengeluar beras utama di negara ini.

“Sekarang pesawah berdepan dengan masalah pengairan ekoran cuaca panas yang melanda seluruh negara pada awal tahun ini.

“Pengeluaran padi merosot sehingga 40 peratus berbanding sebelum ini. Jadi kerajaan negeri berusaha mencari alternatif lagi termasuk memperluaskan tanaman padi di luar kawasan jelapang,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook