Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MB TINJAU LOKASI TERJEJAS AKIBAT BANJIR, PASTIKAN SEMUA MANGSA TERIMA BANTUAN
utama

MB TINJAU LOKASI TERJEJAS AKIBAT BANJIR, PASTIKAN SEMUA MANGSA TERIMA BANTUAN

Oleh: Norzana Razaly

TUMPAT, 6 Disember – Dalam pengurusan pasca banjir, Kerajaan Negeri Kelantan komited memastikan rakyat yang terkesan akibat banjir menerima bantuan sewajarnya, sama ada melalui kerajaan negeri mahupun agensi persekutuan. 

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud semalam turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat sebelum meninjau kawasan runtuhan jalan sepanjang 60 meter di Taman Sri Bayu, Jubakar Pantai.

“Penutupan jalan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) demi keselamatan orang awam. Saya dimaklumkan kerja-kerja baik pulih akan dimulakan segera,” katanya selepas lawatan tersebut.

Beliau juga melawat Kampung Baru Nelayan, lokasi rumah yang runtuh akibat arus deras. 

“Melihat sisa runtuhan ini, saya dapat merasai betapa beratnya ujian yang ditanggung mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh dan harta benda mereka,” tulisnya di laman sosial pada Khamis.

Terdahulu, dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Kali Ke-24 di Kompleks Kota Darulnaim, beliau menegaskan agar semua mangsa banjir menerima bantuan tanpa keciciran.

“Dalam mesyuarat, saya tegaskan kepada barisan exco untuk terus komited menangani bencana ini. Tindakan pantas membantu rakyat mesti menjadi keutamaan,” ujarnya selepas mesyuarat, pada Rabu. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa keperluan asas seperti bekalan makanan akan disalurkan segera, selain memberi perhatian kepada pemulihan infrastruktur, termasuk jalan dan rumah yang rosak akibat banjir.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan