Ticker

6/recent/ticker-posts

Kekang agenda promosi perayaan Krismas di pejabat kerajaan



Oleh MD RIZALMAN

TANAH MERAH: Rakyat perlu bangkit bagi mengekang agenda mempromosikan perayaan Krismas di pejabat kerajaan seperti berlaku di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Tanah Merah, Mohd Farhan Shamsuddin berkata, tindakan tersebut dianggap mengganggu sensitiviti umat Islam dan melanggar perlembagaan negara.

“Tindakan tersebut begitu serius. Ia seolah-olah menjadi permulaan untuk mempromosikan agama lain selain Islam di Malaysia.

"Walaupun kita menghormati agama lain, ia mesti dilakukan mengikut undang-undang yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam di negara ini,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming semalam.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah. 



Baru-baru ini tular video kakitangan KPKT menyanyikan lagu Krismas. 

Menurut laporan media Nga Kor Ming dilapor berkata, individu yang membuat persembahan termasuk nyanyian ‘Jingle Bells’ berasal dari Sabah dan Sarawak. 

Farhan berkata, PAS Tanah Merah menolak sekeras-kerasnya tindakan menyanyi lagu Kristian di premis kerajaan. 

“Kami meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah, Wan Abu Bakar Wan Mahusin berkata, tindakan menteri tersebut mencabar kedaulatan Islam.

Kata beliau mufti sebelum ini menyatakan bahawa kehadiran umat Islam dalam majlis sedemikian salah dari sudut agama.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya kejadian serupa tidak berulang pada masa hadapan,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments