Oleh: Asri Hamat
GUA MUSANG, 6 Januari - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa prihatin dan ambil peduli kebajikan masyarakat orang asli di negeri ini.
Terbaharu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad telah menyantuni masyarakat orang asli di Pos Hendrop, Gua Musang pada Ahad.
YB Zamakhshari berkata, kedatangannya ke Pos Hendrop adalah untuk bersua muka dengan masyarakat orang asli di sana.
"Kedatangan saya ke sini adalah untuk mendekati dan mendengar isu dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan cara ini kita akan dapat tengok dan mengenal pasti isu dan permasalahan yang mereka hadapi untuk mengambil langkah yang sewajarnya.
"Kunjungan ini juga merupakan satu usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat orang asli serta memastikan mereka diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya agar kebajikan mereka terbela".
Beliau berkata demikian menerusi catatan di media sosial miliknya selepas mengadakan kunjungan ke atas masyarakat orang asli di Pos Hendrop, Gua Musang pada Ahad.
Hadir sama, Penyelia DUN Galas Mohd Tarmizi Abd Rahman.
0 Comments