Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEPELBAGAIAN BANGSA, BAHASA DI KELANTAN UNTUK SALING MENGENALI – MB KELANTAN
utama

KEPELBAGAIAN BANGSA, BAHASA DI KELANTAN UNTUK SALING MENGENALI – MB KELANTAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 26 Januari – Kepelbagaian bangsa dan bahasa di Kelantan merupakan anugerah untuk saling mengenali antara satu sama lain, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau menjelaskan bahawa penciptaan manusia dalam kepelbagaian bangsa dan bahasa oleh Allah SWT bukanlah untuk mencetuskan perselisihan, tetapi untuk memupuk hubungan silaturahim yang baik serta menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga besar.

"Alhamdulillah, di Kelantan, masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain hidup harmoni sebagai satu keluarga sejak sekian lama. Kita bersyukur kerana tidak pernah berlaku perbalahan kaum di negeri ini, dan bersama-sama kita doakan agar keharmonian ini berkekalan selama-lamanya.

"Perbezaan bangsa dan bahasa yang ada ini adalah keistimewaan negeri kita yang harus kita tonjolkan kepada masyarakat luar sebagai bukti perpaduan hakiki di Kelantan," katanya semasa merasmikan Sambutan Malam Kebudayaan Tahun Baru Cina 2025 di ruang legar AEON Mall, Kota Bharu, pada Sabtu.

Beliau turut menyeru masyarakat Kelantan untuk mempelajari bahasa bangsa lain sebagai langkah meningkatkan kefahaman dan mengelakkan risiko penipuan.

"Belajarlah bahasa bangsa lain supaya kita tidak mudah tertipu. Jika kita menguasai bahasa Inggeris, kita tidak akan mudah ditipu oleh orang Inggeris. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain," ujarnya.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad menyatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina bukan sahaja milik masyarakat Cina tetapi juga peluang untuk seluruh rakyat memahami dan menghargai kepelbagaian budaya.

"Sambutan perayaan seperti ini adalah simbol perpaduan dan menjadi bukti bahawa masyarakat Kelantan mampu membina hubungan yang kukuh antara kaum.

"Hari ini, kita bukan sahaja meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Cina, tetapi turut mengukuhkan silaturahim yang menjadi teras kekuatan Negeri Kelantan, menjadikannya model perpaduan di peringkat nasional.

"Kelantan meraikan perbezaan dengan penuh rasa hormat, saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain," katanya dalam ucapan alu-aluan.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa oleh Kumpulan Seni Kebudayaan Wee Yan serta penyampaian angpau kepada kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Bunut Payong YB Shaari Mat Yaman, dan Pengurus AEON Mall Mohd Afnan Mohd Yusuf.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan