Ticker

6/recent/ticker-posts

Lebih 38,000 kanak-kanak Palestin jadi yatim piatu

SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Serangan berterusan tentera Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 menyebabkan lebih 38,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu.

Pengarah i-Reach Malaysia, Johan Arif Ismail berkata, laporan berkenaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurutnya, data menunjukkan  seramai 32,151 kanak-kanak kehilangan bapa, 4,417 kehilangan ibu, dan 1,918 lagi kehilangan kedua-dua ibu bapa.

"Selain itu, lebih 13,901 wanita Palestin turut kehilangan pasangan dan menjadi balu akibat konflik tersebut. 

"Perjanjian gencatan senjata telah dikuatkuasakan sejak 19 Januari lepas sebagai usaha memberikan ketenangan sementara," katanya pada kenyataan hari ini.



Namun tambah beliau, serangan tentera Israel masih berlaku dan kawasan Gaza terus bergolak tanpa tanda-tanda ketegangan reda.

“Kami berharap semoga gencatan senjata terbabit dapat bertahan lebih lama,” kata Johan Arif.

Aktivis kemanusiaan itu turut menyeru masyarakat dunia terus menyalurkan bantuan kepada mangsa konflik di Gaza memandangkan penduduk Gaza menghadapi musim sejuk yang mencabar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun  https://www.billplz.com/tabung-alqsa-gaza

Sebarang maklumat lanjut hubungi  https://www.wasap.my/601113388409/TabungDanaBantuanMisiKemanusiaanPalestineGaza.

Post a Comment

0 Comments