Ticker

6/recent/ticker-posts

NILAI PELABURAN PROJEK BANDAR BARU JELAWAT CECAH RM93 JUTA

Oleh: Asri Hamat 

BACHOK, 23 Januari- Nilai pelaburan projek pembinaan dan pembinaan Bandar Baru Jelawat mencecah RM93 juta.

Yang Dipertua (MDBBPI) Shamsul Abu Bakar berkata jumlah sebenar ialah RM92,585,235, manakala nilai pulangan kepada Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) pula berjumlah lebih RM6 juta.

Menurutnya, komponen utama pembangunan Bandar Baru Jelawat adalah bangunan perniagaan dan kemudahan infrastruktur. 

"Antara komponen utama pembangunan Bandar Baru Jelawat adalah pembinaan satu unit pasaraya hypermarket (Pantai Timur), satu unit bangunan pasar awam bertingkat, 207 unit bangunan perniagaan, surau, hentian bas dan tandas awam."

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan aluan di Majlis perasmian Bandar Baru Jelawat, di Perkarangan Pasar Bandar Baru Jelawat, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Dato' YAB Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Tambah beliau, dengan pengoperasian bandar baharu tersebut telah menjadi nadi baharu kegiatan ekonomi penduduk Bachok.

"Dengan kewujudan Bandar Baru Jelawat ini, jajahan Bachok mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi penduduk setempat.

"Diharap dengan kewujudan Bandar Baru ini juga dapat menjadi satu mercu tanda untuk menarik pelabur dan peniaga baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan di jajahan ini, sekali gus meningkatkan nilaian serta guna tanah di kawasan sekitar," jelasnya.

Untuk rekod, projek pembangunan Bandar Baru Jelawat merupakan projek usahasama di antara MDB-BPI dengan syarikat Induk Setia Sdn Bhd di atas tanah seluas 21.45 ekar di Mukim Rusa, jajahan Bachok.

Projek tersebut bermula pada bulan Julai 2018 dan mula beroperasi sekitar tahun 2022.

Post a Comment

0 Comments