Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ISLAM PANDANG TINGGI PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT – DATIN PANGLIMA PERANG
utama

ISLAM PANDANG TINGGI PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT – DATIN PANGLIMA PERANG

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB YB Rohani Ibrahim

KOTA BHARU, 18 Mac – Islam mengangkat tinggi martabat wanita serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan masyarakat, kata Datin Panglima Perang Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob.

Menurutnya, wanita bukan sekadar memainkan peranan sebagai ibu, isteri atau anak, tetapi juga agen perubahan yang berupaya membentuk generasi cemerlang.

"Kita semua maklum, di sebalik kehebatan dan ketokohan seseorang lelaki, pasti ada seorang ibu yang mengasuh serta mendidiknya, selain isteri yang menjadi tulang belakang serta sumber kekuatan.

"Inilah bukti betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan dan membentuk pejuang yang bangkit membela agama Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Forum Perdana Wanita sempena Madinah Ramadan 1446H/2025M di Dewan Madinah Ramadan, Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, pada Isnin.

Forum berkenaan menampilkan dua ahli panel selebriti, Asmak Husin dan Heliza Helmi, yang mengupas tajuk "Wanita Dambakan Syurga", dengan Pengarah Undang-Undang MPKB-BRI Wan Norihan Wan Hussein sebagai moderator.

Datin Wan Nor Hanita turut menegaskan bahawa Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia, penuh penghormatan serta keagungan.

"Tokoh-tokoh seperti Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aisyah dan Fatimah az-Zahra radhiallahu anhunna menjadi bukti bahawa wanita memiliki tempat istimewa dalam Islam," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PUSPANITA MPKB-BRI Asrina Muhammad dalam ucapan alu-aluannya berkata, penganjuran forum tersebut memberi peluang kepada wanita untuk memperkasa ilmu, khususnya berkaitan nilai-nilai Islam sebagai panduan kehidupan.

"Banyak perkara dibincangkan dalam program ini, termasuk keistimewaan wanita dalam Islam, tanggungjawab mereka dalam keluarga serta bagaimana menjadi wanita yang dimuliakan Allah.

"Hal ini membuka ruang bagi mereka meningkatkan kefahaman dan pengetahuan," ujarnya.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Rohani Ibrahim, Puan Sri Datin Bentara Setia Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Datin Bentara Kanan Datin Zabedah Abdul Hamid dan Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KEKWA) Ilvira Mohd Dasuki.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook