Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PASTIKAN TARBIYAH RAMADAN TAKWA MENINGKAT– YB NASRIFF
utama

PASTIKAN TARBIYAH RAMADAN TAKWA MENINGKAT– YB NASRIFF

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir, YB Mohamad Nasriff Daud Yatimee

Oleh: Norzana Razaly

KUANTAN, 22 Mac – Ramadan merupakan bulan tarbiyah yang paling ideal bagi umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir, YB Mohamad Nasriff Daud Yatimee menyeru anak Kelantan di perantauan agar memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan amal kebajikan demi mencapai darjat takwa yang sebenar.

"Gunakanlah baki sepuluh malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan kebaikan.

"Tanggungjawab pemimpin bukan sekadar memenuhi keperluan material dan kemudahan fizikal rakyat, tetapi lebih besar daripada itu adalah membimbing minda masyarakat ke arah ketakwaan serta menyedarkan mereka tentang wawasan akhirat yang kekal abadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Ramadan anjuran Persatuan Anak Kelantan (PERAKAN) Malaysia Cawangan Kuantan yang berlangsung di Green Garden Event Space, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan dihadiri lebih 150 tetamu, termasuk mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, warga PERAKAN Cawangan Kuantan serta pemimpin kerajaan negeri.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook