Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BIO TAJMEEL GALAK USAHAWAN SERTAI INDUSTRI KECANTIKAN MESRA SEMULA JADI
utama

BIO TAJMEEL GALAK USAHAWAN SERTAI INDUSTRI KECANTIKAN MESRA SEMULA JADI


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 26 Mei – Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd. (Bio Tajmeel), jenama tempatan yang menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan semula jadi, mengorak langkah memperluas jangkauan pasaran menerusi kerjasama strategik bersama usahawan tempatan sebagai stokis dan ejen.

Menurut Pengurus Bio Tajmeel Adyani Muhammad, penyertaan sebagai rakan niaga membuka laluan kepada peluang menjana pendapatan mampan sekali gus memberi ruang untuk berkembang sebagai pengasas jenama melalui program "Stokis to Founder" mengikut syarat-syarat tertentu.

“Produk kami dihasilkan daripada bahan neutral dan semula jadi, menjadikannya selamat untuk kegunaan harian serta berkesan untuk penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki. Kami ingin lebih ramai rakyat Malaysia sedar bahawa produk berkualiti tinggi tidak semestinya bergantung kepada bahan kimia sintetik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sebagai inisiatif tambahan untuk melahirkan lebih ramai penggiat industri kosmetik, Bio Tajmeel turut melaksanakan program Bio Founder Challenge, dengan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Program tersebut memberi peluang kepada individu yang memiliki idea produk kecantikan untuk direalisasikan bersama pakar industri.

“Bawa idea anda, dan kami akan bantu mengkomersialkannya. Ini peluang keemasan buat sesiapa yang bercita-cita menjadi pemain industri kosmetik,” ujarnya.

Penyertaan Bio Founder Challenge dibuka sehingga 10 Jun 2025 dan terbuka kepada semua rakyat Kelantan pemegang kad pengenalan 03 atau 29 yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan kecantikan berteraskan bahan semula jadi.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran sebagai stokis, ejen mahupun peserta program, orang ramai boleh melayari laman rasmi Bio Tajmeel atau kunjungi reruai Bio Tajmeel di Karnival Bio Kelantan (BioK) dan Ekspo Dapur Hijau (EDH) 2025 di Pantai Bisikan Bayu pada 29 hingga 31 Mei depan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook