Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2025 TARIK 216 PESERTA


Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 25 Mei- Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali ke-42 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Mei, di Pantai Irama Bachok telah menarik 216 peserta dari dalam dan luar negara.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, penganjuran kali ini telah berjaya menarik penyertaan yang amat menggalakkan melibatkan kira-kira 200 peserta dari seluruh Malaysia iaitu dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kedah .

"Manakala 16 peserta pula mewakili enam negara iaitu Amerika Syarikat-1, China-2, Thailand-5), Ukraine dan Singapura-2 dan Indonesia-4," katanya ketika berucap di majlis perasmian dan penyampaian hadiah Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2025, di Pantai Irama Bachok pada Sabtu.


Kata Datuk Kamarudin lagi, pesta tersebut merupakan platform penting untuk memartabatkan seni wau di peringkat global.

"Apabila kita menganjurkan program bertaraf antarabangsa, kita bukan sahaja menarik perhatian pelancong, tetapi membuka ruang kepada pertukaran budaya, perkongsian ilmu, dan jalinan persahabatan antara negara-negara yang terlibat.

"Pelbagai jenis wau yang dibawa sempena program ini antaranya wau bulan, wau kucing, wau puyuh, dan pelbagai jenis wau tradisional lain yang menjadi identiti kita.


"Ada juga wau-wau moden dan inovatif yang dibawa oleh peserta dari pelbagai negara menambah dimensi baharu kepada pesta ini." katanya.

Selain pertandingan membuat wau kebangsaan dan pertandingan wau bercahaya yang menjadi acara utama di pesta wau antarabangsa Kelantan 2025, pesta yang berlangsung selama empat hari itu juga turut diisi dengan pelbagai acara sampingan seperti persembahan kebudayaan, pameran dan demonstrasi kraf tangan, bengkel pembuatan wau, pertandingan mewarna bertemakan wau tradisi Kelantan dan banyak lagi.

Untuk rekod, Kelantan telah muncul juara keseluruhan pada Pesta Wau Antarabangsa Kelantan pada kali ini.

Hadir sama dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Ahli Parlimen Bachok YB Mohd Syahir Che Sulaiman, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, Ketua Polis Kelantan YDH CP Dato' Mohd Yusoff Mamat, Presiden Majlis Pelayang Malaysia Dato' Abdul Rahim Nin dan Pengarah Pusat Pelancongan Negeri Kelantan Nik Mohamad Fahmi Nik Daud.



Catat Ulasan

0 Ulasan