Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

#TurunTetapTurunAnwar

Mohd Firdaus Mohamed Nawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.


1.  Ketika ini anak muda seluruh negara sedang bergerak menyusun tapak ke Ibu Kota  demi satu tekad. Kehadiran yang insyaAllah bukan sia-sia malah sebagai  signal jelas menyatakan hasrat dan menunjukkan solidariti kebimbangan terhadap masa depan negara.

2.  Himpunan ini juga adalah medan luahan rasa kecewa terhadap janji-janji Perdana Menteri, yang akhirnya sekadar menjadi seloka politik yang satu pun tidak tertunaikan. Rakyat diberi harapan, tetapi realitinya dikhianati oleh tindakan dan keputusan yang bercanggah. Dulu, hari ini menang, esok minyak turun. Saya ulang esok minyak turun bukan setelah gelombang rakyat dibentuk, dimainkan perasaan rakyat dengan turun enam sen dengan penerusan sistem harga bersasar. September belum tentu turun lagi. 

3.  Dulu, beliau lantang melaungkan perang terhadap rasuah. Kini, setelah berkuasa, rasuah hanya menjadi mainan dibibir sedang satu persatu dipertahan dan ditutup mata tanpa tindakan tegas. Dulu digelar hero antirasuah, kini  pengarah SPRM yang dipertikaikan disambung lantik kembali. Dulu mencemuh pemimpin yang membawa keluarga dalam urusan rasmi, kini anak sendiri turut serta dalam misi luar negara. Dulu berlagak bersih, mencemuh “sakau”, kini bersahabat akrab dengan mereka yang dituduh sakau. Janji ketelusan dan reformasi kini menjadi gurauan pahit buat rakyat yang dahagakan perubahan sebenar.

4.  Anak muda tidak mudah terpikat dengan kosmetik politik. Tangan kanan menghulur bantuan, tangan kiri mencemuh, mengungkit dan menyekat. Hingga hari ini, ahli-ahli parlimen pembangkang masih dinafikan peruntukan. Kononnya kek ekonomi akan diagih sama rata tetapi jelas agihan hanya berlaku setelah didesak oleh pihak tertentu, seperti yang berlaku dalam kelulusan projek LRT di Pulau Pinang.

6.  Anak muda perlu turun menyatakan sokongan. Kita bina suara perubahan bersama. Jika anak muda diam, pemerintah bebas menyeleweng tanpa semak imbang. Kitalah pemegang taruh 40 % pengundi dikalangan anak muda. Kitalah juga nanti golongan yang akan menjadi korban pertama apabila ekonomi pincang. Kini sudah menampakkan menjadi mangsa sedangkan ahli politik elit terus bermewah bersama kroninya.

7.  Jom anak muda, kita turun ke himpunan ini sebagai praktikal pendidikan politik yang sebenar. Ia akan mematangkan anak muda untuk memahami bahawa demokrasi bukan hanya membuang undi, tetapi juga menegur, mendesak dan mengubah untuk Malaysia yang lebih baik. Kita berhak mendapatkannya melalui jalur kuasa. 

#Selamatkan Malaysia

#TurunTetapTurun

#TurunAnwar.


MOHD FIRDAUS MOHAMED NAWI

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

25 Julai 2025 | Karak

Catat Ulasan

0 Ulasan