Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Usaha Tanah Pertanian, Atasi Kemiskinan
utama

Usaha Tanah Pertanian, Atasi Kemiskinan

YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud,
Menteri Besar Kelantan

Oleh: Asri Hamat

Gua Musang, 3 Jun - Rakyat di Negeri ini, khususnya di Gua Musang digesa untuk mengusahakan tanah dengan pertanian untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, bidang pertanian satu bidang menguntungkan dan rakyat perlu mengambil peluang mengusahakanya.

"Tanah di Gua Musang sangat subur untuk pertanian seperti tanaman durian dan sebagainya. Bidang ini sangat menguntungkan dan boleh mengurangkan kadar kemiskinan. Di negara China, rakyatnya mengusahakan tanah walaupun sempit.

"Pentingnya pertanian, sekiranya kiamat hendak berlaku pun, kalau ada benih di tangan maka tanamlah, rugi kalau tidak menanam. Jika hasil tanaman dimakan oleh burung dan sebagainya, ia menjadi sedekah.

"Tanah yang kerajaan beri merupakan satu aset dan mesti diusahakan untuk menambahkan hasil pendapatan bukan untuk dijual. Orang-orang dahulu, walaupun mereka susah, mereka tetap tidak menjual tanah."


Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan amanat di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, sempena lawatan kerja beliau ke jajahan Gua Musang pada Khamis.

Menteri Besar turut menegaskan bahawa bumi dan kekayaan negeri adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaik mungkin daripada pencerobohan dan salah guna.

"Dalam usaha menjaga dan membangunkan negeri, tindakan tegas akan dan telah diambil terhadap pihak yang menceroboh tanah dan sumber negeri, termasuk rampasan jentera oleh pihak berkuasa," ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri perlu melaksanakan amanah menjaga negeri dengan penuh tanggungjawab, dengan kerjasama erat antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kita tidak mahu berpolitik sepanjang masa kerana kita mahu semua jajahan di negeri ini membangun," jelas beliau lagi.

Beliau juga berharap agar agensi kerajaan bersepakat untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti penyelesaian kelewatan pembahagian geran tanah dan sebagainya.


YAB Menteri Besar dan rombongan turut mengadakan lawatan kerja ke tapak projek hidroelektrik Nenggiri.

Hadir sama, Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Dato' Idham Abdul Ghani, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rosnazli Amin, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Nik Raisnan Daud, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADN) di Parlimen Gua Musang dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook