Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Legenda Dikir Barat terlantar sakit
utama

Legenda Dikir Barat terlantar sakit


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Ikon Legenda Dikir Barat pada Malam Himpunan Dikir Barat 2022 Mohd Zain Ismail, 65 yang popular dengan gelaran Jen Endoro kini terlantar sakit akibat serangan angin ahmar.

Minat Jen dalam persembahan dikir barat bermula seawal usia 11 tahun sebelum bergelar tok jogho dan tukang karut terkenal. 

Sepanjang kariernya beliau menghasilkan 11 album dan 9 cakera padat video dikir barat. Pernah dinobat sebagai Tukang Karut Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Citrawarna 2001.

Beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata, Jen pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

“Jen Endoro merupakan nama besar dalam dunia seni dikir barat yang pernah mengharumkan nama Kelantan. 

“Beliau bukan sahaja menjadi tokoh seni rakyat, malah pernah berkhidmat di MPKB-BRI sebagai pengiktirafan atas jasa besarnya,” katanya di sini. 

Semalam Shaari dengan kakitangan Pusat Khidmat Dun Bunut Payong menziarahi Jen selepas diserang angin ahmar sebanyak dua kali sejak tiga tahun lalu.

Manakala isterinya juga terlantar akibat penyakit buah pinggang serta masalah penglihatan. 

Shaari juga berkata, lebih membanggakan, walaupun Jen pernah buta huruf, beliau tetap berusaha sehingga mampu membaca dan menulis pada usia 27 tahun.

Kini bakat Jen diteruskan anaknya, Faris Endoro.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan