Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MAIK angkat warisan naskhah Melayu, perkukuh jaringan ilmu Kelantan–Terengganu
utama

MAIK angkat warisan naskhah Melayu, perkukuh jaringan ilmu Kelantan–Terengganu


Oleh: Norzana Razaly 

KOTA BHARU, 4 September - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus memperteguh usaha memelihara khazanah keilmuan bangsa apabila menganjurkan Seminar Sejarah Hubungan Kelantan–Terengganu: Berasaskan Naskhah Melayu. 

Perasmian majlis disempurnakan Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di  Dewan Utama, Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz

Seminar yang menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada pensyarah, penyelidik, budayawan, sejarawan serta mahasiswa dari Malaysia dan Patani itu menyoroti hubungan erat dua negeri bersaudara yang terbina melalui pertukaran ilmu, karya ulama, serta warisan naskhah Melayu.

Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam menegaskan bahawa naskhah Melayu bukan sekadar lembaran lama, tetapi cerminan tamadun bangsa yang wajar dipelihara sebagai rujukan berharga untuk generasi akan datang.

Apabila kita berbicara tentang naskhah Melayu, ia bukan sekadar seberkas lembaran kertas yang usang atau catatan lama yang tersimpan di rak perpustakaan.

"Sebaliknya, kita sedang menyentuh nadi peradaban, jiwa bangsa, dan khazanah ilmu yang diwariskan oleh sultan, ulama, cendekiawan dan penulis zaman silam.

"Dalam naskhah itulah tersimpan jejak pemikiran, cita rasa budaya, serta panduan agama yang membentuk jati diri umat Melayu-Islam di Kepulauan Melayu," jelasnya.

Terdahulu, para pembentang kertas kerja seperti Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Cawangan Kelantan (PERADABAN) Dato' A. Aziz Deraman turut mengetengahkan sumbangan tokoh ulama silam seperti Tok Kenali di Kelantan dan Tok Pulau Manis di Terengganu yang meninggalkan karya fiqh, hadis, tasawuf, syair dan hikayat, sekali gus membentuk ekosistem keilmuan serantau di Pantai Timur.

Dalam seminar itu juga, MAIK mengumumkan  tentang penerbitan buku “Ketatanegaraan Negeri Kelantan: Sejarah, Pemerintahan dan Pentadbiran Sehingga 2020”, yang telah merangkul Anugerah Buku Kelantan 2025 (Kategori Bukan Fiksyen Dewasa Terbaik).

Di samping itu, Peluncuran buku baharu “Kelantan: Kitab Mukadimah dan Tawarikh Negeri”, sebagai inisiatif memperkukuh penyelidikan sejarah negeri turut dilaksanakan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan