Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Majlis Perundingan Wanita Kelantan 14 tahun perkasakan suara wanita
utama

Majlis Perundingan Wanita Kelantan 14 tahun perkasakan suara wanita


Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 4 September — Kelantan terus memperkukuh kedudukan wanita sebagai rakan strategik pembangunan negeri apabila Majlis Perundingan Wanita Kelantan (MPWN) memasuki sidang ketujuh bagi sesi 2025–2027, menjadikannya wadah unik yang hanya wujud di negeri ini dan telah berperanan selama 14 tahun memperkasa suara wanita.

Majlis Watikah Lantikan MPWN menyaksikan 36 ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan 442 ahli Majlis Perundingan Wanita Parlimen menerima watikah rasmi mewakili 14 parlimen seluruh Kelantan, di sebuah hotel, di sini, pada Rabu.

Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Puan Ilvira Mohd Dasuki menegaskan bahawa pelantikan tersebut adalah kesinambungan perjuangan wanita dalam kerangka Dasar Wanita Solehah Kelantan.

Puan Ilvira Mohd Dasuki,
Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan

“Sejak ditubuhkan, MPWN telah melakar kejayaan termasuk Skim Cakna Hawa yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 penerima sejak 2020, bantuan kanser payudara kepada 675 penerima sejak 2024, serta penganjuran bengkel Celik Undang-undang yang memperkasa wanita dengan ilmu untuk membela mangsa kes-kes sosial,” katanya.

Beliau menambah, MPWN bukan sahaja pendengar masalah rakyat, bahkan perlu menjadi agen proaktif yang membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat dengan merujuk kepada jabatan berautoriti.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri merangkap Pengerusi MPWN YB Rohani Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada ahli majlis atas dedikasi mereka sejak penubuhan.

YB Rohani Ibrahim,
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan

“Sudah tujuh sidang, bermakna 14 tahun MPWN menjadi wadah memperkasa wanita di negeri ini. Terima kasih kepada yang lama berkhidmat dan tahniah kepada yang baharu. Jangan anggap amanah ini beban kerana Allah SWT akan membantu mereka yang diberi jawatan tanpa diminta,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ahli MPWN perlu celik isu masyarakat dan turun ke lapangan sebagai mata serta telinga kerajaan negeri, termasuk mendekati rakyat melalui penghulu wanita dan penghulu antara kaum yang turut menjadi sebahagian jawatankuasa ini.

YB Rohani juga percaya melalui kerangka Dasar Wanita Solehah Kelantan dan Dasar Keluarga Mawaddah, MPWN diyakini terus memperkukuh peranan wanita negeri ini sebagai penggerak pembangunan masyarakat dan sebagai aset kebajikan akhirat.

Anugerah Majlis Perundingan Wanita Kelantan Cemerlang

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Majlis Perundingan Wanita Kelantan Cemerlang, dengan Kubang Kerian dinobatkan sebagai juara, diikuti Machang (kedua), Tumpat (ketiga), Kota Bharu (keempat) dan Pengkalan Chepa (kelima).

Selain itu, enam individu menerima Anugerah Setiausaha Cemerlang sebagai pengiktirafan komitmen mereka dalam menggerakkan program wanita di peringkat akar umbi.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan