Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Pusat anak tiri wakil rakyat pembangkang
utamavideo

Pusat anak tiri wakil rakyat pembangkang

SALMAH MAT HUSAIN 

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menyalurkan peruntukan kepada semua Adun termasuk pembangkang di negeri itu tanpa sebarang diskriminasi.

Sebaliknya, kerajaan Pusat tidak adil terhadap wakil rakyat pembangkang yang dianaktirikan sehingga sekarang. 

Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, rakyat mesti menilai dengan teliti sebelum memilih parti yang akan membentuk kerajaan setiap kali pilihan raya berlangsung. 

"Tindakan kerajaan Pusat menafikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang amat mengecewakan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya pada program Cakna Hawa Parlimen Tumpat di sini semalam. 

Program itu dirasmikan ahli parlimen Tumpat Dato' Mumtaz Md Nawi.

Turut hadir Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah: isteri Adun Pasir Pekan Datin Bentara Kanan Siti Zabedah Abdul Hamid dan isteri Adun Wakaf Bharu, Nor Azhana Abd Aziz.

Adanan juga berkata, program terbabit secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Sempena program terbabit seramai 30  penerima masing-masing dari Dun Kelaboran, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor dan Pengkalan Pasir menerima cenderahati disampaikan Mumtaz.

Bantuan Cakna Hawa merupakan program bantuan kewangan berbentuk tunai disumbangkan kerajaan Kelantan bertujuan menghargai dan meringankan beban wanita khususnya berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan keluarga ramai. 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan