Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

Sumud Nusantara pecah kepungan zionis di Gaza


ABDUL RAHMAN HARUN

KOTA BHARU: Malaysia turut menghantar wakil seramai 15 delegasi melalui Sekretariat Sumud Nusantara diterajui Cinta Gaza Malaysia berlepas ke Gaza pada 31 Ogos lalu.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam usaha memecahkan kepungan zionis Israel ke atas penduduk Gaza.

“Semua pihak diminta berdoa dan solat hajat memohon keselamatan serta mempermudahkan delegasi terbabit. 

"Marilah kita sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat agar misi GSF yang disertai aktivis kemanusiaan lebih 44 negara termasuk Malaysia berada dalam perlindungan Tuhan.

"Semoga perjalanan mereka dipermudahkan, bantuan kemanusiaan selamat tiba, dan sahabat-sahabat kita di Gaza menerima bantuan yang disampaikan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan misi terdiri 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol pada Ahad dengan membawa keperluan makanan dan ubat-ubat.


Misi tersebut turut menghimpunkan lebih 1,000 peserta daripada 44 negara merentasi benua Eropah, Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.

Pada petang Ahad lalu, kumpulan pertama kapal GSF berlepas dari pelabuhan Barcelona, namun terpaksa berpatah balik pada 1 September kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Kemudian misi tersebut meneruskan pelayaran ke Gaza pada petang Isnin untuk memecahkan kepungan regim Israel.

Catat Ulasan

0 Ulasan