Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

514 kes influenza, orang ramai diingatkan elak lokasi berisiko – Exco Kesihatan
utama

514 kes influenza, orang ramai diingatkan elak lokasi berisiko – Exco Kesihatan

YB Hilmi Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 9 Oktober – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah mengingatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengelak lokasi berisiko ekoran terdapat 514 kes influenza telah direkodkan di negeri Kelantan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengelakkan kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi dalam usaha membendung penularan jangkitan penyakit tersebut.

"514 kes influenza membabitkan lima kluster dilaporkan di Kelantan sepanjang tempoh tahun ini. Sila elakkan lokasi yang berisiko," pesannya menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Rabu.

Sehubungan itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan, seperti memakai pelitup muka di tempat awam, menjaga kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak.

Dalam hal yang sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussein seperti yang dilaporkan media berkata kes influenza di Kelantan mencatat peningkatan berbanding tahun lepas, namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit yang dijangkiti teruk.

Beliau juga menasihatkan individu yang bergejala supaya memakai pelitup muka walaupun tidak diwajibkan.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan