Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dataran Masjid Jamek Muhammadi jadi gelanggang sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan
utama

Dataran Masjid Jamek Muhammadi jadi gelanggang sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM , 9 Oktober – Dataran Masjid Jamek Muhammadi bakal dimeriahkan dengan jangkaan puluhan ribu rakyat Kelantan apabila menjadi lokasi sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan pada 11 Oktober ini.

Program tahunan itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti sukan, komuniti dan gaya hidup sihat, membuktikan bahawa sukan adalah medan kesihatan fizikal dan wahana perpaduan rakyat.

Antara aktiviti sukan yang akan diadakan adalah pertandingan e-sport, taekwondo, memanah tradisional, catur, kejohanan silat olahraga dan banyak lagi.



Program tersebut dianjurkan bagi menyemarakkan semangat cintakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan matlamat Hari Sukan Negara yang diraikan di seluruh negara pada bulan Oktober.

Bertemakan "Sukan Menyatukan Kita", penganjuran Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan. Sekali gus, menggalakkan interaksi sihat antara komuniti tempatan dalam suasana penuh muhibah.

YB Zamakhshari Muhamad, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan

Sehubungan itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad mengajak semua rakyat Kelantan untuk sama-sama memeriahkan program tersebut.

"Jom semua rakyat Kelate. Meriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Kelantan di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu pada 11 Oktober ini," ujarnya menerusi media sosial pada Rabu.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan