Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

IPTG perkasa Legasi Tok Guru, kukuh tadbir urus berteraskan Islam - MB Kelantan
utama

IPTG perkasa Legasi Tok Guru, kukuh tadbir urus berteraskan Islam - MB Kelantan


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Page FB IPTG

KOTA DARULNAIM, 24 Disember - Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) terus memainkan peranan penting dalam melestarikan pemikiran dan legasi kepimpinan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, khususnya melalui penghayatan dasar Membangun Bersama Islam yang berpaksikan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan sebagai asas pengurusan serta pentadbiran kerajaan negeri.

Demikian kenyataan Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Katanya, IPTG memberi manfaat besar kepada penjawat awam melalui penyediaan latihan berstruktur, modul kefahaman serta pengisian nilai yang menyeluruh bagi membentuk integriti, amanah dan profesionalisme dalam perkhidmatan awam.

“Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan pentadbiran, malah memastikan setiap tugas dilaksanakan berlandaskan tanggungjawab kepada Allah, rakyat dan amanah jawatan,” katanya menerusi media sosial, hari ini.


Dalam masa sama kata beliau, rakyat Kelantan turut menerima manfaat apabila dasar dan pelaksanaan kerajaan sentiasa berpaksikan nilai Islam, keadilan serta kesejahteraan ummah, sekali gus memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara seimbang, berkat dan berterusan.

Usaha berterusan IPTG itu dilihat selari dengan aspirasi kepimpinan negeri untuk mengekalkan identiti pentadbiran yang berteraskan nilai Islam, sebagaimana yang diasaskan oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Kelantan.

Terdahulu, Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia Kali-3/2025 di bilik mesyuarat Pejabat Menteri Besar, di Mabna, Kompleks Kota Darulnaim.

Sementara itu, IPTG menerusi hantaran di medianya menyatakan, mesyuarat berkenaan diadakan bagi meneliti dan membincangkan perancangan strategik serta inisiatif baharu bagi memastikan kelangsungan peranan IPTG sebagai institusi pemikiran dan rujukan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

"Perbincangan juga menekankan kepentingan penyelarasan fungsi lembaga dalam memperkukuh hala tuju, tadbir urus dan pelaksanaan inisiatif IPTG selari dengan visi mengabadikan legasi kepimpinan ulama dan kepakaran teknokrat," katanya.

Sempena mesyuarat tersebut turut diadakan pelantikan ahli lembaga sesi baharu dan penyambungan ahli lembaga sedia ada.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan