Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

utama

Majlis Daerah Machang Johan Anugerah Kecemerlangan PBT 2025


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 8 Disember – Majlis Daerah Machang (MDM) dinobatkan sebagai Johan Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2025 pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

MDM membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, trofi dan sijil penghargaan. Penilaian anugerah utama itu merangkumi tahap kebersihan persekitaran pejabat, kebersihan kawasan pentadbiran PBT, kecekapan pengurusan organisasi serta kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah dan timbalannya, YB Dato' Abd Rahman Yunus.

Naib Johan dimenangi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membawa pulang RM10,000, manakala tempat ketiga ialah Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (RM5,000).

Bagi kategori individu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Machang Mohd Zamri Ibrahim, dipilih sebagai YDP PBT paling proaktif, manakala Asmadi Abdullah dari Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam menerima Anugerah Ikon Kebersihan PBT atas sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memupuk budaya kebersihan di komuniti.



Antara pemenang lain termasuk Taman PBT Terbersih dan Ceria, dengan Johan dimenangi Taman Tasik Kuala Krai, Naib Johan (Taman Rekreasi Gua Ikan, Dabong) dan tempat ketiga (Taman Guillemard View, Tanah Merah)

Bagi kategori Tandas Awam PBT Terbersih, Johan dimenangi Tandas Awam Pasar Siti Khadijah (MPKB-BRI), Naib Johan, Padang Kemahkotaan @ Pata Ndo (Majlis Daerah Tumpat), manakala tempat ketiga (Tandas Awam Pantai Irama, Bachok)

Kategori Pasar Awam PBT Terbersih menyaksikan kemenangan Pasar Tok Guru Cabang 3, Pengkalan Chepa (MPKB-BRI) sebagai Johan, Naib Johan pula ialah Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh dan tempat ketiga ialah Pasar Tasek Raja, Pasir Mas.

Bagi Premis Makanan Terbersih, Johan dimenangi Restoran Laila Majnun, Lata Keding, Jeli, Naib Johan diraih Restoran Al-Khatiri, Kubang Kerian manakala tempat ketiga milik Warung Muse Eco Park, Gua Musang.

Kategori Taman Perumahan Terbersih menyaksikan Johan (Taman Kota Harmoni, Tanah Merah), Naib Johan (Taman Desa Telipot, Kota Bharu) dan tempat ketiga (Taman Kintas Mas, Bachok)

Turut disampaikan Anugerah Pengiktirafan Sekolah Bersih dan Ceria kategori Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, dan Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).





Catat Ulasan

0 Ulasan