Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Naik taraf gelanggang futsal jadi dewan serbaguna
utama

Naik taraf gelanggang futsal jadi dewan serbaguna

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Gelanggang Futsal di Lembah Sireh bakal dinaik taraf sebagai dewan orang ramai untuk kegunaan masyarakat Dun Bunut Payong.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Seri Takiyuddin Hassan berkata, gelanggang berkenaan dibina 10 tahun lalu akan memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya melaksanakan program komuniti.

Katanya, usaha gigih pejabat Dun Bunut Payong kini direalisasikan bagi membolehkan pelbagai aktiviti masyarakat dijalankan.

"Kita berhasrat untuk membina sebuah dewan serbaguna bagi menampung pelbagai program komuniti dan turut berfungsi sebagai tempat perlindungan mangsa banjir,” katanya pada perasmian majlis penyerahan Gelanggang Futsal Kampung Sireh Bawah Lembah dekat sini semalam.

Hadir sama Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman dan bekas anggota Exco Dato' Dr Ramli Mamat.

Takiyuddin juga berkata, pembinaan ruang di tingkat atas bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dijalankan.

“Semoga dengan adanya kemudahan ini memberi ruang masyarakat untuk beriadah, mengadakan aktiviti kekeluargaan dan mengeratkan hubungan sesama penduduk,” katanya.

Beliau juga memberitahu akan menyerah tiga wakaf untuk kegunaan orang ramai sebagai tempat berehat di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Shaari berkata, gelanggang tersebut dibina melalui peruntukan kira-kira RM200,000 mengalami kerosakan selepas dihempap pokok besar yang tumbang dan kini dibaiki semula.

"Permohonan menaik taraf kemudahan dibuat di bawah Inisiatif Rakyat pada Mac dan November 2024. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mengurus keseluruhan projek sehingga siap," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan