Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Sumbangan RM50,000 ringankan beban 200 armalah di Kelantan
utama

Sumbangan RM50,000 ringankan beban 200 armalah di Kelantan


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 24 Disember – Sebanyak 200 golongan armalah miskin dari jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh menerima sumbangan barangan keperluan asas bernilai keseluruhan RM50,000 menerusi Program Penyampaian Sumbangan Barang Keperluan Armalah yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Program berkenaan merupakan hasil kerjasama antara Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) bersama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUM) dan Indah Water Konsortium Berhad (IWK) sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan armalah yang memerlukan.

Semua penerima terdiri daripada armalah miskin yang mempunyai tanggungan tiga orang ke atas, melibatkan kawasan Parlimen Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Ketereh, Kubang Kerian, Bachok dan Pasir Puteh.

Setiap penerima menerima barangan keperluan asas bernilai RM250 yang merangkumi bekalan makanan, bahan pencuci lantai serta barangan kebersihan diri bagi membantu meringankan kos sara hidup harian.


Ketua Seksyen Treatment Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Mohd Khairil Saat berkata, pihaknya memperuntukkan sebahagian dana CSR tahunan bagi melaksanakan program kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Di peringkat kami, terdapat sedikit peruntukan untuk program CSR tahunan. Pada tahun ini, kami memilih untuk membantu golongan armalah sebagai satu program sosial yang menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih kepada YB Exco dan pihak UKeKWa yang membantu menguruskan penyaluran bantuan kepada para penerima,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, armalah merupakan wanita hebat yang berperanan besar dalam membentuk masa depan anak-anak walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Dato’ Rohani Ibrahim

Menurutnya, penerima sumbangan terdiri daripada armalah dari kawasan Parlimen Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Ketereh, Kubang Kerian, Bachok dan Pasir Puteh.

“Walaupun kehilangan suami, mereka tetap mampu membesarkan anak-anak menjadi insan yang berjaya. Anak hebat tidak semestinya memiliki pekerjaan hebat, tetapi yang paling penting adalah memahami agama serta menjadi insan yang beriman dan bertakwa,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah armalah bagi merujuk wanita yang kematian suami bagi menjaga sensitiviti serta maruah golongan berkenaan.

“Hasrat arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, panggilan armalah ini akan membentuk peribadi mereka. Kerajaan negeri juga bertanggungjawab menjaga kebajikan anak yatim dan armalah kerana dengan menjaga golongan inilah, keberkatan akan hadir dalam negeri kita,” ujarnya.

Dato' Rohani turut merakamkan penghargaan kepada pihak Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. dan Indah Water Konsortium Berhad atas sumbangan khidmat sosial bernilai RM50,000 yang disalurkan demi kesejahteraan golongan armalah di Kelantan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan